SMK Iskandar Shah



Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (dikenali sebagai SMKIS) ialah sebuah sekolah menengah berasrama puteri harian yang dibina di sebuah bukit kecil dengan kawasan seluas lebih kurang 13 ekar. SMKIS merupakan antara sekolah cemerlang di daerah Jasin, Melaka dan memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar telah mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Kejayaan ini boleh dilihat apabila SMK Iskandar Shah mencapai keputusan PMR yang cemerlang pada tahun 2010, iaitu seramai 67 orang pelajar mendapat 8A dan 18 orang pelajar mendapat 7A. Bagi mengekalkan prestasi ini, SMK Iskandar Shah masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah di negeri Melaka.

0 comments:

Post a Comment